Blogger Since 2008

Get Paid in easy way!

TEMAN




TEMAN TU BUKAN MACAM PAPAN SKATE BOARD,
BELUM MAIN, GILAP... DAH MAIN, PIJAK...

TEMAN TU BUKAN MACAM BOLA SEPAK, BELUM DAPAT, KEJAR... DAH DAPAT, TENDANG...

TEMAN TU BUKAN MACAM BULU TANGKIS,
BELUM MAIN, PEGANG... DAH MAIN, PUKUL...

TEMAN TU IBARAT BOLA RAGBI, BELUM DAPAT, REBUT... DAH DAPAT, LINDUNG...

TEMAN TU MACAM JARI, LUKANYA SEMBUH SENDIRI... HILANGNYA TIADA GANTI..

It's Your Attitude


Selasa yang lalu,3 kumpulan PBL telah terpilih untuk mengadakan sesi lawatan ke pusat Down Syndrome Lion's Club di Pasir Hor.

sebenarnya saya pernah melawat tempat ini dua tahun yang lalu untuk program Community Placement.Memang seronok bila dapat tahu akan pergi ke sana lagi.adik2 kat situ pon memang seronok laa bila ramai orang datang.saya pulak memang suka tengok budak2 nih.tak tahu laa..tgok diorang boleh senyum tanpa sebab.

actually,bukan nak cerita tentang adik2 nie...ada satu kisah yang penyelia di situ,Kak Ros ceritakan yang buatkan saya rasa semua medical student patut jadikan pengajaran.

Kak Ros kata dia berharap sangat yang kitorang semua berjaya jadi doktor.tapi dia kata kalau boleh jadi la doktor yang memang nak berkhidmat untuk masyarakat.

kak Ros ceritakan pengalaman dia menghantar anaknya yang baru berusia 6 tahun ke HUSM disebabkan oleh diarrheoa dan vomit yang berulang-ulang kali.hendak dijadikan cerita disebabkan tergesa-gesa,jadi Kak Ros juz pakai kain batik yang membuatkan dia kelihatan seperti orang kampung.

hendak dijadikan cerita lagi ada la sorang doktor ni nak wat IV cannulation la kat anak kak Ros nih .tahu2 lah budak kan...takut jarum.mesti la refuse bila orang nak cucuk tangan dia.puas kak Ros pujuk,akhirnya anak kak Ros bagi jugak tangan dia.then bila 3 kali doktor tue try still tak dapat lagi saluran darah,anak kak Ros tarik balik la tangan dia.then doktor tu marah2 dan biarkan anak kak ros semalaman tanpa rawatan yang sepatutnya.biarkan juga adik nih muntah2 lagi.

esoknya kak ros pergi jumpa dengan pengarah hospital,so kne laa doktor tue..tak tahu laa kne ape kan...

kejadian ni buatkan saya teringat tentang apa yang saya belajar semasa 1st year dulu.

to become a doctor,what u need is skill,knowledge and ATTITUDE.

ada sorang doktor cakap you need your hand,your eyes and your HEART.


p/s:amek pengajaran.buat diri sendiri jugak.

Engkau Sendiri

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. (surah Al-Furqaan:67)


perempuan memang selalu dikaitkan dengan alat make up(solek)

bagi aku,perempuan memang perlu tampil kemas dan menarik untuk keyakinan diri.

tapi,tak perlulah guna pelbagai jenis alat make-up untuk
'tambah keyakinan diri ' tersebut,bersederhanalah.

"kecantikan itu bukan terletak pada alat make up,tapi dari hati nurani yang bersih"

tak perlulah sampai begini sekali...membazir namanya..bukankah itu amalan syaitan???


ini lagi satu benda yang menjadi igauan wanita.tak tahulah kenapa ia langsung tak menarik perhatian saya.tapi kalau cincin yang 'mengikat' diri itu,saya mahu jugak lah..hee.. (malu)

tak perlulah sanggup ikat perut kerana benda ini...
tak perlulah sanggup berhutang kerana benda ini...
tak perlulah sanggup mencuri kerana benda ini...

percaya ataupun tidak,
barang kemas ini mampu membunuh.dunia zaman ini macam-macam boleh berlaku.dirompak,diragut..seolah-olah perkara biasa.beringatlah.


Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. (surah Al-Furqaan:67)


tak perlulah berhias secara melampau...

"kerana Engkau Sendiri adalah Perhiasan Dunia yang tiada tandingnya.."

Seandainya dia bernama Fahri



Khilafnya Fahri adalah pada sangkaan dirinya,bahawa setelah hidup dalam ilmu dan ketaatan,beliau tidak wajar diuji
.beliau merasakan bahawa dirinya bersih,suci sepertimana yang dimahukan Allah pada setiap hamba-Nya.
Apatah lagi ujian itu adalah pada sesuatu perkara yang bertentangan dengan nilai hidupnya.

”apa salah saya pada Allah?soalan seorang manusia bernama Fahri,yang tertipu dengan dirinya sendiri.

”Istighfar!Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong!Ingat siapa diri kamu! bicara waras seorang manusia gila.
Itulah beban Ayat-ayat Cinta,bahawa segala tentang Fahri adalah untuk mempotretkan seorang manusia yang sempurna pada ilmu,pada amal,pada ibadahnya kepada Dia.tetapi dia lupa tentang ikhlas....dan musuh ikhlas itu sulit.

.. “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”-Surah Al-Baqarah ayat 286