Blogger Since 2008

Get Paid in easy way!

Isu putus tunang~


manusia berubah,tapi sejauhmana mereka berubah dan mengapa..itu yang sentiasa menjadi persoalan

Dua tiga hari yang lepas terbaca tentang penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi (first time saya tengok dia saya kata muka dia macam orang jepun masa malaysia lwn ape ntah..maybe bcoz of her kening laa) dan Elia(first time tengok dia dua tiga hari yang lepas di surat khabar).

Pastu barulah terasa nak bukak website si Elia tu memandangkan dia blogger,tahu dia blogger pun sebab rumet saya last sem gila bola.tapi tak pernah rasa nak bukak.kalo tibe-tibe rumet hilang tuh,pastu lame tak balek bilik..tau dah,gi tgok bola la tuh.

Bila saya gtau kawan saya tengah search blog Elia semalam,katanya

“dah lama laa diorang putus tunang”

Mana nak tau…saya bukannya minat pun ngan depa.saya minat Lionel Messi je(cukup laa minat sorang,watpe ramai2.).tup2 baca paper baru tau.baru nak tanya encik google ‘ape ke he nye yeop?’

Elia kenal fahmi sebelum malaysia tahu dia wujud.Elia kenal fahmi semasa dia hanya menjadi pilihan keempat (last choice)sebagai goalkeeper negeri kelantan sebelum dia jadi pilihan utama goal keeper kebangsaan.elia suka dia semenjak dia di bawah,semenjak dia takde pape..takde rumah,takde kereta baru,takde nama.

tapi entah kenapa tiba-tiba berita putus tunang tersebar.

hati pasti sakit…kalau benar2 cinta…pasti sangat2 sakit.kalau kedua-duanya benar-benar saling mencintai dan terjadinya perpisahan,sapa pun pasti hati dia terasa sakit.bukannya sama dengan ‘sakit hati”.Ahh,mungkin hanya orang yang pernah merasainya saja yang tahu tentang perasaan itu.cewah,ayat novel plak dah.

Saya tak sebelah mana-mana pihak,tapi yang pasti dua-dua belah mesti ada buat silap walau sebesar hama sekalipun. kita tak bolehlaa nak menuding sebelah pihak saja.xtau pon hujung pangkal macamana .senang2 orang lain tu takyah dok komen macam2.tambah dosa ja.jadi femes camtu arr,ade orang suke.ade orang benci.senang2 low profile smpi cikgu atau pensyarah atau kawan2 pon xtau nama.takdelah menjadi buah mulut orang.

Saya ingat lagi ada ustaz datang bagi ceramah kat usm,kubang kerian kata kalau bertunang jangan lama-lama.paling lama pun biarlah 4 bulan untuk mengenali hati masing-masing.kalau terkurang takut tak sempat mengenali,mana nak bincang pasal majlis perkahwinan lagi.4 bulan ok arr tuh.tapi orang sekarang banyak yang dah terlebih kenal,selalu aje keluar berdua.nak bertunang watpe lagi?tak paham betul...

Kalau kahwin pulak,jangan buat benda yang Islam tak benarkan contohnya berkaraoke,bersanding,renjis2 pilis2 laa..mungkin kesannya tak nampak semasa majlis,tapi akan nampak bila di alam rumahtangga nanti.kite tak sedor.bersederhanalah,moga alam rumahtangga pun jadi sederhana.


Orang berkahwin pun ada yang bercerai,inikan pula ikatan tunang,

Orang bertunang pun boleh putus,inikan pula yang takde pape ikatan,

Adatlah,pasti ada hikmahnya samada kita sedar ataupun tidak.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,dinikahi perempuan itu kerana empat perkara:

1.agamanya

2kecantikannya

3.hartanya

4.keturunannya

hendaklah diutamakan pada agamanya,nescaya kamu akan peroleh bahagia.

perkara yang sama juga kepada pihak perempuan,pilih lelaki biar kerana agamanya.

p/s:alhamdulillah,elia dah bertudung sekarang nih.kalau boleh ..kalau boleh nak lagi labuh.semoga aurah lebih terjaga..jangan bukak2 dah eh.(^_^)