Blogger Since 2008

Get Paid in easy way!

dia pergi tak kembali

beberapa hari sebelum ramadhan menjelang...sedang asyik tonton channel baru,al-Hijrah..

"dik,jom ikut mak melawat maklang...katanya maklang dah berapa hari tak makan"

tanpa sepatah kata saya terus capai tudung dalam bilik bergegas ikut mak ke rumah maklang.
maklang adalah kakak ipar abah,rumahnya tak jauh..sebelah rumah saya je.gerik ni mmg kampung abah,sederet rumah adik beradik abah je.dah hampir 10 tahun maklang sakit di rumahnya tapi beberapa hari lepas maklang dah mula tak lalu makan.

sampai-sampai je ramai dah rupanya saudara belah abah berkumpul.mata saya melihat maklang,kelihatannya maklang tercungap-cungap menarik nafas.saya terkedu,perasaan kasihan menerpa...mak balik ke rumah ambil air zam-zam yang dibawanya pulang dari mekah tak lama dulu,masih ada sedikit.dituangkan setitik dua ke dalam mulut maklang dengan bacaan salawat.kelihatan keadaan maklang beransur pulih,tidak lagi seperti tadi.

esoknya

"dik,jom gi umah maklang...ukur baju raya tue...dok simpan je,bila nak siap..."

bila sampai ramai juga adik beradik maklang berkumpul.keadaan maklang kembali seperti semalam...semua orang dah bersedia dengan kemungkinan yang paling buruk...dan petang itu,Allah ambil maklang saya kembali padanya.Innalillah.sepanjang umur hidup saya,itu kali pertama saya menyaksikan kematian.bila masa maklang pergi pun saya tak berapa perasan.tengok2 orang dah check nadi maklang,tiada.

"dik,bawak balik lah baju adik tue...laen kali je buat..gtau kakak-kakak maklang dah meninggal"

kemudiannya,malam itu mak buatkan nasi pulut,dan sambal ikan bilis untuk orang yang datang baca tahlil...mak sedekahkan.jadi,malam itu saya dan kakak dan jiran yang datang membantu sibuk membuat pulut dan sambal ikan bilis.

kemudiannya tiga malam keluarga maklang buat kenduri..lepas asar je saya ngan mak akan gi tolong masak kat umah maklang...

"mak,ni first time adik tengok orang meninggal depan mata adik.."

"ye ke?orang meninggal ni macam2 ragam dik...tapi,maklang ari tu alhamdulillah,lembut je..even ustaz pon ada je yang susah bila nyawanya nak kena cabut..nauzubillah"

saya teringat kenangan saya dengan maklang masa says kecik-kecik dulu.bila maklang mula sakit saya dah start belajar jauh-jauh,seawal umur 12 saya merantau ke negeri orang.jadi,hanya kenangan masa kecil sahaja yg ada bersama maklang.saya rindukan masa itu,saya innocent je tanya dan cakap benda bodo2 je.huhu...bila tahu maklang sakit,lawat maklang mesti minta maaf mana tahu saya ada salah ngan maklang.

Ya Allah,ampunkanlah segala dosa2 kami...matikanlah kami dalam keadaan husnul Khatimah...amin Ya Rabb.