Pada Awan Biru,Ku melakar kata-kata Pada Langit cerah,Ku Panah Semua Cerita Dengarlah Mentari Suara Hatiku menyanyi Berterbangan Jiwa Merentasi Pelangi.
my sweetheart
dia pergi tak kembali
Isu putus tunang~
manusia berubah,tapi sejauhmana mereka berubah dan mengapa..itu yang sentiasa menjadi persoalan
Dua tiga hari yang lepas terbaca tentang penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi (first time saya tengok dia saya kata muka dia macam orang jepun masa malaysia lwn ape ntah..maybe bcoz of her kening laa) dan Elia(first time tengok dia dua tiga hari yang lepas di surat khabar).
Pastu barulah terasa nak bukak website si Elia tu memandangkan dia blogger,tahu dia blogger pun sebab rumet saya last sem gila bola.tapi tak pernah rasa nak bukak.kalo tibe-tibe rumet hilang tuh,pastu lame tak balek bilik..tau dah,gi tgok bola la tuh.
Bila saya gtau kawan saya tengah search blog Elia semalam,katanya
“dah lama laa diorang putus tunang”
Mana nak tau…saya bukannya minat pun ngan depa.saya minat Lionel Messi je(cukup laa minat sorang,watpe ramai2.).tup2 baca paper baru tau.baru nak tanya encik google ‘ape ke he nye yeop?’
Elia kenal fahmi sebelum malaysia tahu dia wujud.Elia kenal fahmi semasa dia hanya menjadi pilihan keempat (last choice)sebagai goalkeeper negeri kelantan sebelum dia jadi pilihan utama goal keeper kebangsaan.elia suka dia semenjak dia di bawah,semenjak dia takde pape..takde rumah,takde kereta baru,takde nama.
tapi entah kenapa tiba-tiba berita putus tunang tersebar.
hati pasti sakit…kalau benar2 cinta…pasti sangat2 sakit.kalau kedua-duanya benar-benar saling mencintai dan terjadinya perpisahan,sapa pun pasti hati dia terasa sakit.bukannya sama dengan ‘sakit hati”.Ahh,mungkin hanya orang yang pernah merasainya saja yang tahu tentang perasaan itu.cewah,ayat novel plak dah.
Saya tak sebelah mana-mana pihak,tapi yang pasti dua-dua belah mesti ada buat silap walau sebesar hama sekalipun. kita tak bolehlaa nak menuding sebelah pihak saja.xtau pon hujung pangkal macamana .senang2 orang lain tu takyah dok komen macam2.tambah dosa ja.jadi femes camtu arr,ade orang suke.ade orang benci.senang2 low profile smpi cikgu atau pensyarah atau kawan2 pon xtau nama.takdelah menjadi buah mulut orang.
Saya ingat lagi ada ustaz datang bagi ceramah kat usm,kubang kerian kata kalau bertunang jangan lama-lama.paling lama pun biarlah 4 bulan untuk mengenali hati masing-masing.kalau terkurang takut tak sempat mengenali,mana nak bincang pasal majlis perkahwinan lagi.4 bulan ok arr tuh.tapi orang sekarang banyak yang dah terlebih kenal,selalu aje keluar berdua.nak bertunang watpe lagi?tak paham betul...
Kalau kahwin pulak,jangan buat benda yang Islam tak benarkan contohnya berkaraoke,bersanding,renjis2 pilis2 laa..mungkin kesannya tak nampak semasa majlis,tapi akan nampak bila di alam rumahtangga nanti.kite tak sedor.bersederhanalah,moga alam rumahtangga pun jadi sederhana.
Orang berkahwin pun ada yang bercerai,inikan pula ikatan tunang,
Orang bertunang pun boleh putus,inikan pula yang takde pape ikatan,
Adatlah,pasti ada hikmahnya samada kita sedar ataupun tidak.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda,dinikahi perempuan itu kerana empat perkara:
1.agamanya
2kecantikannya
3.hartanya
4.keturunannya
hendaklah diutamakan pada agamanya,nescaya kamu akan peroleh bahagia.
perkara yang sama juga kepada pihak perempuan,pilih lelaki biar kerana agamanya.
p/s:alhamdulillah,elia dah bertudung sekarang nih.kalau boleh ..kalau boleh nak lagi labuh.semoga aurah lebih terjaga..jangan bukak2 dah eh.(^_^)
which hurt the most?
p/s:kata orang experience is the best teacher...thank mr.experience!!!(^_^)
tukar number handphone
saya tak cam number orang,saya jugak tak cam semua suara kawan saya.bila saya tanya "sape nih?" kawan saya akan beranggapan saya delete number diorang.bukan sekali jadi camnih,dah lebih sepuluh kali agaknya.sebab kawan saya kalau yang rapat tue dia tahu bila dah lama tak contact ngan orang saya akan delete number orang.saya tak suka number bersepah dalam handphone saya.tapi number dia takkanlah,besfren kot.dah sepuluh tahun pon kawan.
saya mmg susah hafal number telefon nih,number telefon sendiri pun bila nak topup saya akan bukak handphone tengok number sendiri selama berbulan-bulan.*sigh*
ntah kenapa tak appear nama,saya rasa setting x btol...
sebenarnya nak tukar number baru,kot2 baru elok balik kan,mane nak tau.masalahnya takde plak nombor yg lebih save berbanding dengan upax.dah puas cari.
baru2 ni dgar citer ade no baru upax 2011.sangat unik numbernya 0111***.mcm number oversea.pernah kawan saya yang baru guna number nih msg.saya ingat kawan saya yang dok study oversea sbb kalo kawan dr oversea msg mmg pjg la number.
masalahnya lagi,upax boleh buat sekali je seumur hidup.jadi,sekarang nih dok mintak tolong anak sdare untuk buatkan no upax 2011.yang lebih penting lebih jimat dari upax biasa.hidup kena berjimat cermat beb.(^_^)
setelah sekian lama mencari number yang lebih jimat dari upax biasa,akhirnya muncul jugak.
jadi,number saya akan bertukar...tapi ntah bila akan bertukarnya,kena anak saudara buat lambat2...biasalah,lelaki...*sigh*
That Man,Mr K
that man,sangat jujur dengan aku dan semua.dia tak kisah kalau kejujuran itu buat dia nampak teruk.sebab itu,aku jatuh cinta.berkata benar,walaupun pahit untuk diterima.
that man,dia tak banyak berkata-kata.tapi bila dia bersuara kata-kata dia boleh buat orang tersenyum dan ketawa.
that man,sangat pemalu.dan sesetengah orang kata pemalu itu buat dia nampak charming.ntah la,maybe.
that man,dia pandai bergurau.dia pandai buat orang ketawa.
that man,sangat menepati janji.promise,easy to make,very hard to be kept.bila dia berjanji dengan kawan-kawan,dia akan cuba tunaikan sebab dia berpegang pada janji.
that man,bila memasak dia sangat clumsy.tapi masakan dia sangat sedap.kiss the cook,love the doc.(^_^)
that man,bila dia senyum sangat sweet tapi dia suka wat muka blur jugak.=p
Mr.K,that man...because i'm that woman.(^_^)
cerita untuk doktor II(listen to my heartbeat)
they DO their BEST for the same vision,together
ohisashiburi!!!!(long time no see!!!) (^_^)
baru selesai dengan kenduri di rumah sempena menyambut ramadhan yg akan tiba. okeh,kali nie nak suggest cerita untuk doktor yg kedua,iaitu team medical dragon.drama ini lebih memfokuskan kepada jantung dan batista technique,iaitu surgical treatment untuk merawat dilated cardiomyopathy dimana jantung menjadi lebih besar menyebabkan fungsi jantung lemah dan kurang berkesan.yang bestnya,dia sediakan animation bagi memudahkan kita memahami keadaan abnormal jantung dan bagaimana doktor cuba repair jantung terbabit.saya pun tengok citer nih masa tak belajar lagi pasal disease,boleh je paham..
di samping misi melakukan batista operation,asada terpaksa berdepan dengan orang atasan yang ntah ape-ape. diorang transfer patient yang akan mati ke hospital lain untuk jaga reputasi hospital.diorang jugak buat eksperimen ubat pada pesakit cancer yang tiada harapan sembuh
untuk TMD nih, ada season 1,2 and 3.saya citer pasal TMD 1 je sbg permulaan.meh,nak kenalkan pelakon.
Asada Ryutaro
genius doktor!!! kena framed dgn kawan sendiri menyebabkan dia dibuang hospital lalu berkhidmat dgn NGO di kem pelarian.selepas itu doktor Kato datang offer dia ke Meishin University Hospital untuk menjayakan Batista Operation.disebabkan Batista tidak mungkin dilakukan seorang diri,dia telah menubuhkan Team Medical Dragon.
Kato Akira
asisstant professor
seorang yang bercita-cita tinggi.untuk naik pangkat menjadi professor,Kato minta bantuan asada untuk menjayakan thesis dia dengan melakukan pembedahan jantung menggunakan batista technique sebab dia pernah tengok skill asada masa kat kem pelarian dulu.dia nak jadi professor sebab dia nak ubah polisi hospital tapi sepanjang perjalanan tu,dia telah menjadi seperti salah seorang daripada mereka. first assistant untuk team medical dragon
clean doctor.masa asada datang,dia baru jadi intern kat university hospital nih.jadi disebabkan dia belum dikotorkan dengan polisi jahat hospital,asada amik dia masuk team medical dragon as second assistant
Satohara Miki
operation nurse.dia pernah sama-sama berkhidmat dekat refugee camp dengan asada.dia sangat cekap sebagai operation nurse.dia boleh ikut speed asada.
Fujiyoshi
internal medicine doctor,dia sangat tak percaya pada surgeon termasuk asada sehinggalah asada membuktikan dia tak seperti yang lain.dia akan care pasal condition patient sebelum operate dan post- operation care pun di bawah dia.
Arase Monji
anaesthetist yang hebat!dia je anaesthetist yang dapat ikut speed asada.dia dapat tahu berat badan seseorang hanya dengan melihat orang tuh.jadi dia boleh mengagak dgn tepat dos bius yang dia patut bagi pada pesakit dan dia dapat follow perubahan body condition patient sepanjang operation.dia paling susah untuk join team medical dragon sampailah satu peristiwa berlaku menyebabkan dia join jugak akhirnya.
Kihara
dia nih takde kena mengena dgn team medical dragon,tapi dia sangat kelakar.kalau dia takde,TMD nih akan jadi sangat serius.mujur ada kihara nih sebagai penghibur.hehe..
dia memang klakar.
Sangkaan Aku,Sangkaan Dia
“tahniah kak!!! (^_^)” mesej yang saya terima dari seorang kawan seperjuangan.
Rupanya result peperiksaan dah keluar,seminggu kemudiannya baru saya tahu.bila dah takde fb nih,memang tak tahu apelah..hehe.. =( time kaseh pada yang menghafal no matrik(nakal sungguh =p) dan time kaseh jugak pada yang menyampaikan berita.
Semalam pulak keputusan UPU bagi lepasan STPM keluar.saya bertanya pada anak saudara,malangnya dia tak dapat.teringin benar dia nak jadi cikgu.
Ya,dalam keluarga saya memang ramai yang jadi cikgu,bidang kesihatan pula cuma saya dan anak saudara yang berada di tahun akhir kat RCMP,Perak.kadang-kadang dia mintak juga lah notes saya untuk rujukan.hanya kami berdua...hanya kami berdua.
Tapi,jauh dalam hati saya betul-betul teringin nak jadi pensyarah.
Sangkaan aku,jadi pensyarah itu terbaik buatku.
Sangkaan Dia,jadi doktor itu terbaik buatku.
Sangkaan anak saudaraku,jadi cikgu itu terbaik buatnya.
Sangkaan Dia,pasti ada sesuatu yang jauh lebih baik buatnya.
Kita merancang,Dia juga merancang…tetapi Dialah sebaik-baik perancang.
Kuyakini sangkaan Dia
Bahagiakan hatimu,ubati hatimu. Bersangka baiklah pada Allah,sayang.
jangan putus asa,jangan hidup dalam kekesalan.
p/s:sedang berusaha menolong anak saudara membuat rayuan..doakanlah yang terbaik buat dia duhai pembaca-pembaca budiman.
Love letters from God
kadang kala,
ujian hidup buat kita lelah,
kejamnya dunia bikin kita lemah,
if you want to find solace and balm for the sore,the words will heal it straight away.tak percaya???tak percaya bukak Quran baca dan terjemahkan surah. Insyirah dan Dhuha.sooth you anytime…sweet!!! (^_^)
All the verses in Quran are like personal love letters from God to us.
bertadabburlah dengan al-Quran
cerita untuk doktor I
CODE BLUE.itulah tajuk cerita tentang doktor perubatan lakonan jepun ini.code blue ni bermaksud pesakit memerlukan immediate resuscitation,atau dengan kata lain,emergency.The MOST IMPORTANT THING,memang TAKDE KISAH2 CINTA antara doktor2 nih.so,memang fokus medikal je..two thumbs up!!!ada code blue 1,code blue special dan code blue 2.sambungan dia mengikut turutan.
code blue mengisahkan tentang 4 orang intern yang nak jadi DOCTOR HELI.sesaat amat berharga bagi pesakit.jadi doktor heli nih akan dihantar ke scene dann merawat pesakit kat situ jugak.kalau perlu operate,diorang akan operate,bila keadaan dah stabil,baru dihantar ke hospital.memang impian diorang lah tuh nak jadi doktor heli.so,pada mulanya diorang compete sesama diorang untuk naik heli.tapi semua tak semudah yang dijangka sebab bukan mudah nak jadi doktor heli.keadaan emergency di tempat kejadian kadang-kadang membuatkan doktor itu sendiri gugup dan tak tahu nak buat apa.meh,nak kenalkan barisan pelakon.
dia nih seorang yang tenang,memang ada bakat doktor semula jadi lah,tapi poor teamwork dan tak anggap patient as a patient.cam takde perasaan sikit.lama-lama dia ok bila banyak pengajaran yang dia dapat.dia nih memang ulat buku,semua fakta dia hafal.doktor tanya dia dulu yang jawab.dia intern pertama yang dihantar ke scene.tapi dia kurang agresif dan suka nyibuk hal peribadi kawan2 dia yang lain.dia nak tolong snarnye,tapi kawan dia nampak macam dia menyibuk dan nak tunjuk baik.huhu..
dia nih suka bersaing ngan kawan-kawan yang lain,very competitive.tapi dia lack of discipline.dalam code blue 2,dia hampir2 kena saman dengan guard pesakit disebabkan masalah consent.
ok,itulah sedikit sebanyak...hehe..macam banyak je.sangat sesuai bagi yang teringin nak jadi doktor ataupun bakal doktor tengok.memang tak rugi,banyak pengajaran yang boleh diambil.
memang banyak citer tentang doktor macam house.saya tak suka tengok House sbb dia tu gatal dan percakapan dia tuh tak berape menyenangkan.jadi,saya lagi suka tengok versi jepun atau korea.ok,tunggu kemunculan cerita untuk doktor II...(^_^)