Blogger Since 2008

Get Paid in easy way!

cerita untuk doktor II(listen to my heartbeat)

every teammate SUPPORT each other,
they DO their BEST for the same vision,together

they SHARE all the joy and sadness they had,together;

they NEVER GIVE UP on something important,

they BELIEVE and DEPEND each other

all for one,one for all.



ohisashiburi!!!!(long time no see!!!) (^_^)


baru selesai dengan kenduri di rumah sempena menyambut ramadhan yg akan tiba. okeh,kali nie nak suggest cerita untuk doktor yg kedua,iaitu team medical dragon.drama ini lebih memfokuskan kepada jantung dan batista technique,iaitu surgical treatment untuk merawat dilated cardiomyopathy dimana jantung menjadi lebih besar menyebabkan fungsi jantung lemah dan kurang berkesan.yang bestnya,dia sediakan animation bagi memudahkan kita memahami keadaan abnormal jantung dan bagaimana doktor cuba repair jantung terbabit.saya pun tengok citer nih masa tak belajar lagi pasal disease,boleh je paham..


di samping misi melakukan batista operation,asada terpaksa berdepan dengan orang atasan yang ntah ape-ape. diorang transfer patient yang akan mati ke hospital lain untuk jaga reputasi hospital.diorang jugak buat eksperimen ubat pada pesakit cancer yang tiada harapan sembuh
untuk TMD nih, ada season 1,2 and 3.saya citer pasal TMD 1 je sbg permulaan.meh,nak kenalkan pelakon.



Asada Ryutaro

genius doktor!!! kena framed dgn kawan sendiri menyebabkan dia dibuang hospital lalu berkhidmat dgn NGO di kem pelarian.selepas itu doktor Kato datang offer dia ke Meishin University Hospital untuk menjayakan Batista Operation.disebabkan Batista tidak mungkin dilakukan seorang diri,dia telah menubuhkan Team Medical Dragon.




Kato Akira
asisstant professor

seorang yang bercita-cita tinggi.untuk naik pangkat menjadi professor,Kato minta bantuan asada untuk menjayakan thesis dia dengan melakukan pembedahan jantung menggunakan batista technique sebab dia pernah tengok skill asada masa kat kem pelarian dulu.dia nak jadi professor sebab dia nak ubah polisi hospital tapi sepanjang perjalanan tu,dia telah menjadi seperti salah seorang daripada mereka. first assistant untuk team medical dragon


Ijyuuin noboru


clean doctor.masa asada datang,dia baru jadi intern kat university hospital nih.jadi disebabkan dia belum dikotorkan dengan polisi jahat hospital,asada amik dia masuk team medical dragon as second assistant




Satohara Miki
operation nurse.dia pernah sama-sama berkhidmat dekat refugee camp dengan asada.dia sangat cekap sebagai operation nurse.dia boleh ikut speed asada.



Fujiyoshi
internal medicine doctor,dia sangat tak percaya pada surgeon termasuk asada sehinggalah asada membuktikan dia tak seperti yang lain.dia akan care pasal condition patient sebelum operate dan post- operation care pun di bawah dia.


Arase Monji


anaesthetist yang hebat!dia je anaesthetist yang dapat ikut speed asada.dia dapat tahu berat badan seseorang hanya dengan melihat orang tuh.jadi dia boleh mengagak dgn tepat dos bius yang dia patut bagi pada pesakit dan dia dapat follow perubahan body condition patient sepanjang operation.dia paling susah untuk join team medical dragon sampailah satu peristiwa berlaku menyebabkan dia join jugak akhirnya.


Kihara
dia nih takde kena mengena dgn team medical dragon,tapi dia sangat kelakar.kalau dia takde,TMD nih akan jadi sangat serius.mujur ada kihara nih sebagai penghibur.hehe..
dia memang klakar.



operation diorang memang nampak real...two thumbs up!!!






AMARAN :ada sikit2 yang anda tak patut tengok,jadi pandai2lah forward...okeh,maaf tentang tue..sangat dikesali...=( okeh,nantikan cerita untuk doktor III...(^_^)

Sangkaan Aku,Sangkaan Dia

“tahniah kak!!! (^_^)” mesej yang saya terima dari seorang kawan seperjuangan.

Rupanya result peperiksaan dah keluar,seminggu kemudiannya baru saya tahu.bila dah takde fb nih,memang tak tahu apelah..hehe.. =( time kaseh pada yang menghafal no matrik(nakal sungguh =p) dan time kaseh jugak pada yang menyampaikan berita.

Semalam pulak keputusan UPU bagi lepasan STPM keluar.saya bertanya pada anak saudara,malangnya dia tak dapat.teringin benar dia nak jadi cikgu.

Ya,dalam keluarga saya memang ramai yang jadi cikgu,bidang kesihatan pula cuma saya dan anak saudara yang berada di tahun akhir kat RCMP,Perak.kadang-kadang dia mintak juga lah notes saya untuk rujukan.hanya kami berdua...hanya kami berdua.

Tapi,jauh dalam hati saya betul-betul teringin nak jadi pensyarah.

Sangkaan aku,jadi pensyarah itu terbaik buatku.

Sangkaan Dia,jadi doktor itu terbaik buatku.

Sangkaan anak saudaraku,jadi cikgu itu terbaik buatnya.

Sangkaan Dia,pasti ada sesuatu yang jauh lebih baik buatnya.

Kita merancang,Dia juga merancang…tetapi Dialah sebaik-baik perancang.

Kuyakini sangkaan Dia

Bahagiakan hatimu,ubati hatimu. Bersangka baiklah pada Allah,sayang.

jangan putus asa,jangan hidup dalam kekesalan.

p/s:sedang berusaha menolong anak saudara membuat rayuan..doakanlah yang terbaik buat dia duhai pembaca-pembaca budiman.

Love letters from God

kadang kala,

ujian hidup buat kita lelah,

kejamnya dunia bikin kita lemah,

mainan takdir membuat kita jadi pasrah.

if you want to find solace and balm for the sore,the words will heal it straight away.tak percaya???tak percaya bukak Quran baca dan terjemahkan surah. Insyirah dan Dhuha.sooth you anytime…sweet!!! (^_^)

All the verses in Quran are like personal love letters from God to us.



bertadabburlah dengan al-Quran


cerita untuk doktor I

If it can be treated one second earlier, the heart might start beating again.
If there is one extra helicopter, another life in danger may be saved.



CODE BLUE.itulah tajuk cerita tentang doktor perubatan lakonan jepun ini.code blue ni bermaksud pesakit memerlukan immediate resuscitation,atau dengan kata lain,emergency.The MOST IMPORTANT THING,memang TAKDE KISAH2 CINTA antara doktor2 nih.so,memang fokus medikal je..two thumbs up!!!ada code blue 1,code blue special dan code blue 2.sambungan dia mengikut turutan.

code blue mengisahkan tentang 4 orang intern yang nak jadi DOCTOR HELI.sesaat amat berharga bagi pesakit.jadi doktor heli nih akan dihantar ke scene dann merawat pesakit kat situ jugak.kalau perlu operate,diorang akan operate,bila keadaan dah stabil,baru dihantar ke hospital.memang impian diorang lah tuh nak jadi doktor heli.so,pada mulanya diorang compete sesama diorang untuk naik heli.tapi semua tak semudah yang dijangka sebab bukan mudah nak jadi doktor heli.keadaan emergency di tempat kejadian kadang-kadang membuatkan doktor itu sendiri gugup dan tak tahu nak buat apa.meh,nak kenalkan barisan pelakon.


Aizawa Kosaku
dia nih seorang yang tenang,memang ada bakat doktor semula jadi lah,tapi poor teamwork dan tak anggap patient as a patient.cam takde perasaan sikit.lama-lama dia ok bila banyak pengajaran yang dia dapat.
Shiraishi meguimi
dia nih memang ulat buku,semua fakta dia hafal.doktor tanya dia dulu yang jawab.dia intern pertama yang dihantar ke scene.tapi dia kurang agresif dan suka nyibuk hal peribadi kawan2 dia yang lain.dia nak tolong snarnye,tapi kawan dia nampak macam dia menyibuk dan nak tunjuk baik.huhu..



Hiyama Mihoko
dia nih suka bersaing ngan kawan-kawan yang lain,very competitive.tapi dia lack of discipline.dalam code blue 2,dia hampir2 kena saman dengan guard pesakit disebabkan masalah consent.


Fujikawa Kazuo
dia nih digambarkan sebagai yang paling kurang ilmu dan skill.dia memang kalut lah.ketua asyik tak bagi dia naik heli.siap suh dia balik lagi sebab dia tak layak,tapi dia taknak give up.di akhir code blue 1 ,dia akhirnya berjaya naik jugak heli tersebut.


Saejima
flight nurse yang akan mengiringi tiap kali doctor heli diperlukan.bercinta dengan seorang pesakit ALS.terpaksa meninggalkan dan tak dapat menjaga kekasih dia demi tugas,malah tak mampu berada di sisi kekasih dia semasa kekasih dia mati.memang sedih

ok,itulah sedikit sebanyak...hehe..macam banyak je.sangat sesuai bagi yang teringin nak jadi doktor ataupun bakal doktor tengok.memang tak rugi,banyak pengajaran yang boleh diambil.

memang banyak citer tentang doktor macam house.saya tak suka tengok House sbb dia tu gatal dan percakapan dia tuh tak berape menyenangkan.jadi,saya lagi suka tengok versi jepun atau korea.ok,tunggu kemunculan cerita untuk doktor II...(^_^)



fake it till you make it

Masa kecik2 dulu mak pernah kata..nanti apabila hari akhirat nanti,kalau Allah tanya adik pernah buat tak tahajud,taubat,tasbih,hajat dan solat2 sunat semua tu…boleh lah nanti adik jawab adik pernah buat.paling tidak sekali seumur hidup.

Masa tu kecik lagi.tak faham sangat.bila dah besar,masuk hostel..barulah belajar buat betul2.bukan macam masa sekolah rendah aci redah.itu pun kalau kat hostel buat sebab di bawah program kerohanian sekolah dan kolej.

Dan apabila cakap balik dengan mak "…kiranya kalau buat sekali,lepas tu tak buat pun takpe mak?"

Dan mak cakap balik"…kalau sudah buat sekali ,bagus la tu.tapi kita tak tau Allah terima ke tak.bila dah tahu cara,apa salahnya buat selalu."buat sendiri tak payah kena tunggu kena hambat dengan warden.

Dengan Allah kita tak payah jadi player…bila nak exam,bila tengah sakit baru nak buat…gaya Allah tak tahu je.

Awal2 memang kena paksa…fake it till you make it.Rasulullah pun pernah kata ada antara amal yang kena dipaksa sebelum jadi darah daging.

Tak pernah salah untuk seorang hamba bersyukur.macam bercinta,tak perlu ada sebab untuk jatuh cinta.it’s just there.just happen.kalau nak qiyam pun sama,tak perlu ada sebab-sebab yang khusus untuk qiyam.tanda syukur.macam yang Rasulullah idola kita ajar laa…bangun solat malam sampai bengkak jari kaki.itu orang yang Allah kasih,yang Allah dah janji syurga…kita???nak bangun solat 2 rakaat pon payah…kalau tunggu tengok bola boleh je bangun kan?kalo tgok cite boleh je stay up,kan?

maybe it just to funny that’s make us forgot to laugh....

p/s :peringatan untuk diri sendiri yang liat nak solat sunat.ya Allah,lembutkanlah hati2 kami.