







Pada Awan Biru,Ku melakar kata-kata Pada Langit cerah,Ku Panah Semua Cerita Dengarlah Mentari Suara Hatiku menyanyi Berterbangan Jiwa Merentasi Pelangi.
manusia berubah,tapi sejauhmana mereka berubah dan mengapa..itu yang sentiasa menjadi persoalan
Dua tiga hari yang lepas terbaca tentang penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi (first time saya tengok dia saya kata muka dia macam orang jepun masa malaysia lwn ape ntah..maybe bcoz of her kening laa) dan Elia(first time tengok dia dua tiga hari yang lepas di surat khabar).
Pastu barulah terasa nak bukak website si Elia tu memandangkan dia blogger,tahu dia blogger pun sebab rumet saya last sem gila bola.tapi tak pernah rasa nak bukak.kalo tibe-tibe rumet hilang tuh,pastu lame tak balek bilik..tau dah,gi tgok bola la tuh.
Bila saya gtau kawan saya tengah search blog Elia semalam,katanya
“dah lama laa diorang putus tunang”
Mana nak tau…saya bukannya minat pun ngan depa.saya minat Lionel Messi je(cukup laa minat sorang,watpe ramai2.).tup2 baca paper baru tau.baru nak tanya encik google ‘ape ke he nye yeop?’
Elia kenal fahmi sebelum malaysia tahu dia wujud.Elia kenal fahmi semasa dia hanya menjadi pilihan keempat (last choice)sebagai goalkeeper negeri kelantan sebelum dia jadi pilihan utama goal keeper kebangsaan.elia suka dia semenjak dia di bawah,semenjak dia takde pape..takde rumah,takde kereta baru,takde nama.
tapi entah kenapa tiba-tiba berita putus tunang tersebar.
hati pasti sakit…kalau benar2 cinta…pasti sangat2 sakit.kalau kedua-duanya benar-benar saling mencintai dan terjadinya perpisahan,sapa pun pasti hati dia terasa sakit.bukannya sama dengan ‘sakit hati”.Ahh,mungkin hanya orang yang pernah merasainya saja yang tahu tentang perasaan itu.cewah,ayat novel plak dah.
Saya tak sebelah mana-mana pihak,tapi yang pasti dua-dua belah mesti ada buat silap walau sebesar hama sekalipun. kita tak bolehlaa nak menuding sebelah pihak saja.xtau pon hujung pangkal macamana .senang2 orang lain tu takyah dok komen macam2.tambah dosa ja.jadi femes camtu arr,ade orang suke.ade orang benci.senang2 low profile smpi cikgu atau pensyarah atau kawan2 pon xtau nama.takdelah menjadi buah mulut orang.
Saya ingat lagi ada ustaz datang bagi ceramah kat usm,kubang kerian kata kalau bertunang jangan lama-lama.paling lama pun biarlah 4 bulan untuk mengenali hati masing-masing.kalau terkurang takut tak sempat mengenali,mana nak bincang pasal majlis perkahwinan lagi.4 bulan ok arr tuh.tapi orang sekarang banyak yang dah terlebih kenal,selalu aje keluar berdua.nak bertunang watpe lagi?tak paham betul...
Kalau kahwin pulak,jangan buat benda yang Islam tak benarkan contohnya berkaraoke,bersanding,renjis2 pilis2 laa..mungkin kesannya tak nampak semasa majlis,tapi akan nampak bila di alam rumahtangga nanti.kite tak sedor.bersederhanalah,moga alam rumahtangga pun jadi sederhana.
Orang berkahwin pun ada yang bercerai,inikan pula ikatan tunang,
Orang bertunang pun boleh putus,inikan pula yang takde pape ikatan,
Adatlah,pasti ada hikmahnya samada kita sedar ataupun tidak.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda,dinikahi perempuan itu kerana empat perkara:
1.agamanya
2kecantikannya
3.hartanya
4.keturunannya
hendaklah diutamakan pada agamanya,nescaya kamu akan peroleh bahagia.
perkara yang sama juga kepada pihak perempuan,pilih lelaki biar kerana agamanya.
p/s:alhamdulillah,elia dah bertudung sekarang nih.kalau boleh ..kalau boleh nak lagi labuh.semoga aurah lebih terjaga..jangan bukak2 dah eh.(^_^)
ohisashiburi!!!!(long time no see!!!) (^_^)
baru selesai dengan kenduri di rumah sempena menyambut ramadhan yg akan tiba. okeh,kali nie nak suggest cerita untuk doktor yg kedua,iaitu team medical dragon.drama ini lebih memfokuskan kepada jantung dan batista technique,iaitu surgical treatment untuk merawat dilated cardiomyopathy dimana jantung menjadi lebih besar menyebabkan fungsi jantung lemah dan kurang berkesan.yang bestnya,dia sediakan animation bagi memudahkan kita memahami keadaan abnormal jantung dan bagaimana doktor cuba repair jantung terbabit.saya pun tengok citer nih masa tak belajar lagi pasal disease,boleh je paham..
di samping misi melakukan batista operation,asada terpaksa berdepan dengan orang atasan yang ntah ape-ape. diorang transfer patient yang akan mati ke hospital lain untuk jaga reputasi hospital.diorang jugak buat eksperimen ubat pada pesakit cancer yang tiada harapan sembuh
untuk TMD nih, ada season 1,2 and 3.saya citer pasal TMD 1 je sbg permulaan.meh,nak kenalkan pelakon.
Asada Ryutaro
genius doktor!!! kena framed dgn kawan sendiri menyebabkan dia dibuang hospital lalu berkhidmat dgn NGO di kem pelarian.selepas itu doktor Kato datang offer dia ke Meishin University Hospital untuk menjayakan Batista Operation.disebabkan Batista tidak mungkin dilakukan seorang diri,dia telah menubuhkan Team Medical Dragon.
clean doctor.masa asada datang,dia baru jadi intern kat university hospital nih.jadi disebabkan dia belum dikotorkan dengan polisi jahat hospital,asada amik dia masuk team medical dragon as second assistant
Satohara Miki
operation nurse.dia pernah sama-sama berkhidmat dekat refugee camp dengan asada.dia sangat cekap sebagai operation nurse.dia boleh ikut speed asada.
Fujiyoshi
internal medicine doctor,dia sangat tak percaya pada surgeon termasuk asada sehinggalah asada membuktikan dia tak seperti yang lain.dia akan care pasal condition patient sebelum operate dan post- operation care pun di bawah dia.
Arase Monji
anaesthetist yang hebat!dia je anaesthetist yang dapat ikut speed asada.dia dapat tahu berat badan seseorang hanya dengan melihat orang tuh.jadi dia boleh mengagak dgn tepat dos bius yang dia patut bagi pada pesakit dan dia dapat follow perubahan body condition patient sepanjang operation.dia paling susah untuk join team medical dragon sampailah satu peristiwa berlaku menyebabkan dia join jugak akhirnya.
“tahniah kak!!! (^_^)” mesej yang saya terima dari seorang kawan seperjuangan.
Rupanya result peperiksaan dah keluar,seminggu kemudiannya baru saya tahu.bila dah takde fb nih,memang tak tahu apelah..hehe.. =( time kaseh pada yang menghafal no matrik(nakal sungguh =p) dan time kaseh jugak pada yang menyampaikan berita.
Semalam pulak keputusan UPU bagi lepasan STPM keluar.saya bertanya pada anak saudara,malangnya dia tak dapat.teringin benar dia nak jadi cikgu.
Ya,dalam keluarga saya memang ramai yang jadi cikgu,bidang kesihatan pula cuma saya dan anak saudara yang berada di tahun akhir kat RCMP,Perak.kadang-kadang dia mintak juga lah notes saya untuk rujukan.hanya kami berdua...hanya kami berdua.
Tapi,jauh dalam hati saya betul-betul teringin nak jadi pensyarah.
Sangkaan aku,jadi pensyarah itu terbaik buatku.
Sangkaan Dia,jadi doktor itu terbaik buatku.
Sangkaan anak saudaraku,jadi cikgu itu terbaik buatnya.
Sangkaan Dia,pasti ada sesuatu yang jauh lebih baik buatnya.
Kita merancang,Dia juga merancang…tetapi Dialah sebaik-baik perancang.
Kuyakini sangkaan Dia
Bahagiakan hatimu,ubati hatimu. Bersangka baiklah pada Allah,sayang.
jangan putus asa,jangan hidup dalam kekesalan.
p/s:sedang berusaha menolong anak saudara membuat rayuan..doakanlah yang terbaik buat dia duhai pembaca-pembaca budiman.
kadang kala,
ujian hidup buat kita lelah,
kejamnya dunia bikin kita lemah,
if you want to find solace and balm for the sore,the words will heal it straight away.tak percaya???tak percaya bukak Quran baca dan terjemahkan surah. Insyirah dan Dhuha.sooth you anytime…sweet!!! (^_^)
All the verses in Quran are like personal love letters from God to us.
bertadabburlah dengan al-Quran